Merawat Sakit Lutut

Merawat Sakit Lutut

Mengurangkan Sakit Lutut

Apa itu sakit lutut?

Sakit lutut biasanya berpunca dari struktur tulang yang diliputi oleh sendi lutut (femur, fibia, tibula), tempurung lutut/kneecap (patella), atau ligamen dan rawan/cartillage (meniscus) pada lutut. Sakit lutut boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tak kira usia.

Kenapa sakit lutut?

Sakit lutut boleh berlaku akibat tulang patah, kecederaan pada ligamen atau meniskus, terkehel, rheumatoid arthritis, gaut, septic arthritis, patellar tendinitis dan osteoarthritis. 

Apabila seseorang sudah berumur, kebanyakan sendi lutut mereka menjadi haus dan ‘kurang minyak’.

Tanda-tanda sakit lutut

Tahap kesakitan berbeza mengikut puncanya, dari sakit sikit ke sakit yang teramat sangat. Antaranya ialah:

  1. Susah nak berjalan
  2. Berjalan tempang/limping akibat sakit
  3. Sakit lutut naik turun tangga
  4. Sukar bengkokkan kaki
  5. Lutut bengkak

Merawat sakit lutut

Rawatan yang berbeza diberikan kepada pesakit mengikut punca kesakitan.

  1. Ubat terkawal
  2. Fizikal terapi – untuk kuatkan otot
  3. Suntikan –  suntikan corticosteroids dan lubricants (cecair yang seakan ‘minyak lutut’) untuk membantu pergerakan dan mengurangkan sakit.
  4. Pembedahan
  5. Akupunktur
  6. Mengambil suplemen yang mengandungi glucosamine dan chondroitinGlucosamine bertindak sebagai ‘shock-absorbents’ tubuh dan pelincir otot yang membolehkan kita untuk bergerak tanpa rasa sakit pada sendi, otot dan tulang.

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *